PENGAJIAN AM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PENGAJIAN AM

Interaction between form 6 students and teachers in Malaysia..from munnimbsskl
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 Usaha-usaha Meningkatkan Kualiti dan Teknologi Makanan

Go down 
AuthorMessage
ericmakal




Posts : 3
Join date : 06/06/2010

Usaha-usaha Meningkatkan Kualiti dan Teknologi Makanan Empty
PostSubject: Usaha-usaha Meningkatkan Kualiti dan Teknologi Makanan   Usaha-usaha Meningkatkan Kualiti dan Teknologi Makanan EmptySun Jun 06, 2010 9:10 pm

Usaha-usaha Meningkatkan Teknologi dan Kualiti Makanan

Penggunaan baka bermutu
Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.


Penggunaan Teknologi Moden
Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.


Makanan "Gergasi" [Monster Food]
Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit.

Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.
Back to top Go down
 
Usaha-usaha Meningkatkan Kualiti dan Teknologi Makanan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Faktor Perkembangan Teknologi Makanan
» Kesan-kesan Perkembangan Teknologi Makanan
» sains dan teknologi
» Apa itu teknologi pertanian?
» Contoh Teknologi Pertanian

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PENGAJIAN AM :: Karangan :: Karangan Bahagian A :: Sektor Pertanian :: Teknologi Makanan-
Jump to: