Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini.
Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
punca utama
kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah
-isi kandungan sukatan pelajaran iaitu mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan moral&Islam
-tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri.
-berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas.
-mudah berputus asa,hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri.
-Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai.
-Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat.
-Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah
-Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata.
-Anak-anak dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan.
-rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.